Jumat, 22 Februari 2013

Blueberry Cheesetart

Bahan untuk Sweet Pastry:
125 gm mentega / margerin
60 gm gula aising
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum
Untuk yang pastri ni aku dah edit guna resipi aku. Tapi yang ini pun masih baik juga sebab ramai yang komen hasilnya tetap sedap :)
Bahan untuk Cheese Filling(inti):
250 gm cream cheese
50 gm gula aising
20 gm mentega (lembutkan)
1/2 sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling
Cara membuat pastri
Pukul mentega/marjerin dan gula aising sampai creamy. Masukkan telur, pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung. Gaul hingga membentuk doh. Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan kedalam kemas-kemas. Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau. Bakar pada suhu 180 C untuk 15-20 minit. Tunggu sejuk dulu baru keluarkan daripada acuan tart. Dan haruslah rupa mereka adalah seperti dibawah. :D
Cara membuat cheese filling:
Pukul cream cheese, mentega dan gula aising till fluffy. Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
Sudukan blueberry ke dalam pastri kemudian pipekan cheese filling sehingga menutupi keseluruhan blueberry. Hiaskan dengan blueberry mengikut citarasa sendiri. Macam saya ni gaya bebas je. :D
Bakar blueberry cheesetart 5-10 mnit sehingga cheesetart dan blueberry tadi nampak kering. Sejukkan dalam peti ais dan boleh dihidangkan. :)
Selamat Mencuba :)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar